Pembelajaran 3D di sekolah patut diambil perhatian

Walaupun sudah masuk ke alaf baru, kita masih lagi mengekalkan cara pembelajaran tradisional
menggunakan papan hitam,menghafal nota dan sebagainya yang boleh dikatakan sangat membosankan.

Jika ada bantuan mengajar pun, hanya menggunakan glob bumi,bongkah- bongkah geometri dan model anatomi manusia (untuk Biologi).

Cara pembelajaran seperti ini secara tak langsung 'menafikan' kreativiti pelajar yang biasanya umur mereka dalam lingkungan 7-18 tahun mempunyai imaginasi yang sangat tinggi.


Sebab inilah ramai diantara mereka, pada usia ini lebih suka bermain video game 3D serta menonton filem 3D daripada membaca buku ulangkaji atau membuat 'homework'.

Mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini,
menjadikan pendidikan untuk mereka lebih menyeronokkan?

Kelebihan belajar 3D untuk pelajar sekolah

1. Memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih menyeronokkan
2. Memberi peluang kepada pelajar mengeluarkan idea kreatif mereka
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan pantas dan mudah
4. Melatih pelajar untuk menjadi pencipta/ pereka
5. Pelajar belajar lebih natural dan berkesan
6. Meningkatkan minat terhadap pembelajaran mereka
7. Meningkatkan daya saing

KENAPA GUNA 3D GOOGLE SKETCHUP DAN GOOGLE EARTH UNTUK PENDIDIKAN?


1. Mesra pengguna, boleh digunakan oleh
pelajar dan tenaga pengajar
2. Mudah dan cepat untuk belajar
3. Boleh memuat turun hasil 3D sedia ada
sumbangan pengguna seluruh dunia dari
internet.
4. Melihat dunia secara 3D dengan Google
Earth dan merasai seperti dunia realiti
5. Menonjolkan pelbagai sudut pandangan
6. Model kelihatan seperti realiti
Boleh memasukkan hasil 3D ke dalam
dunia sebenar (Google Earth)dengan saiz
sebenar
7. Google Sketchup boleh membuat animasi
yang boleh digunakan untuk
pembentangan sesuatu subjek/ projek
8. Pelajar dan guru bebas untuk membuat
apa sahaja bentuk (modelling) terutama
untuk rujukan bahan ilmiah seperti
keratan rentas jantung, lapisan kulit dan
sebagainya.
9. Melibatkan pergerakan (motion) animasi
model dan pandangan kamera yang
menarik perhatian.

Sungguh banyak kelebihan jika kita melaksanakan pembelajaran secara 3D ini.


Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari dan memahami penggunaan perisian ini. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

3D Untuk Semua

No comments:

Post a Comment